Perikatan Nasional kecewa, hantar delegasi jumpa PM

Perikatan Nasional kecewa, hantar delegasi jumpa PM

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Perdana Menteri yang dikatakan tidak bersungguh-sungguh memenuhi ‘terma-terma penting’ perjanjian beliau dengan parti itu.

Justeru, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan berkata, PN akan menghantar delegasi untuk menemui Perdana Menteri bagi membincangkan pelaksanaan terma-terma perjanjian tersebut.

Jelasnya lagi, tindakan tersebut akan dilakukan dalam masa yang terdekat.

“Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN pada 27 Julai (malam tadi) telah dipengerusikan oleh Pengerusi Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dihadiri oleh semua presiden parti anggota.

“Mesyuarat juga melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau tidak menjelaskan apakah terma-terma perjanjian yang telah diputuskan antara PN dan juga Perdana Menteri.

Namun dipercayai, antara terma perjanjian itu termasuk isu pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Pada 2 Julai lalu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan pertemuan bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan lantikan jawatan baharu termasuk jawatan TPM, selain beberapa perkara penting berlandaskan kandungan perjanjian di antara PN dan Perdana Menteri.

Pelantikan Naib Presiden UMNO itu sebagai Perdana Menteri Kesembilan bagi menggantikan Muhyiddin pada Ogos 2021 mendapat sokongan PN.

Dalam pada itu, Hamzah menyatakan mesyuarat antara lain telah membuat ketetapan berkenaan Majlis Pelancaran PN Negeri Terengganu pada 30 Julai ini, dan penganjuran Konvensyen PN pada 27 Ogos ini sempena ulang tahun kedua PN.

Selain itu menurut beliau, beberapa ketetapan penting bagi memperkemaskan kesiapsiagaan parti menjelang PRU ke- 15 juga diputuskan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya