Penipuan haji: 47 laporan di Kuala Lumpur

Penipuan haji: 47 laporan di Kuala Lumpur

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Kuala Lumpur setakat ini menerima sebanyak 47 laporan dengan kerugian RM2 juta melibatkan penipuan haji oleh dua agensi pelancongan di Setapak di sini. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, setakat ini pihaknya telah menahan reman lima individu terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita berusia antara 28 hingga 51 tahun pada 14 hingga 16 Julai lalu. 

“Kesemua mereka telah diserahkan kepada Kontinjen Johor untuk siasatan berkaitan modus operandi sama.

“Beberapa tindakan sedang diambil bagi melengkapkan kertas siasatan kes ini sebelum dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk keputusan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, beliau menyeru orang yang ramai yang ditipu supaya membuat laporan dengan segera.

Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan cara menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana polis berhampiran. 

Utusan Online semalam melaporkan sebanyak  121 laporan diterima membabitkan penipuan pakej haji oleh tiga agensi pelancongan dengan kerugian berjumlah RM5.17 juta.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, kesemua laporan dibuat di 10 negeri yang dikaitkan dengan tiga agensi itu adalah kes penipuan haji dan umrah furada.

Jelasnya, sebanyak 22 kertas siasatan dibuka daripada 121 laporan polis terbabit.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN