Pengikut ramai, pesaing terbesar - Hazreen - Utusan Malaysia

Pengikut ramai, pesaing terbesar – Hazreen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Biarpun orang ramai kini melihat dan mementingkan jumlah pengikut di laman sosial, untuk bakat baharu dalam industri seni tanah air ini, Hazreen Amreena Haslan tidak menjadikannya sebagai satu penghalang besar untuk mengejar impiannya.

Namun, pada masa sama dia akui, pendatang baharu yang mempunyai ramai pengikut di media sosial menjadi pesaing terbesarnya.

“Terlalu ramai artis baharu yang muncul dengan bantuan followers di sosial media masing-masing. Zaman sekarang jumlah pengikut adalah keutamaan untuk menempah nama dalam industri.

“Namun begitu, ia bukan halangan berat untuk saya berjuang demi karier. Dengan perba­nyakkan posting di Instagram dan TikTok serta memuat naik pelbagai jenis cover nyanyian di YouTube pasti akan menaikkan followers saya,” katanya.

Setelah melibatkan diri dalam dunia seni suara seawal usia 10 tahun, Hazreen akhirnya tampil dengan single sulungnya berjudul Aura yang dilancarkan pada 8 April lalu.

Menurut penyanyi berusia 25 tahun itu, Aura adalah hasil karya Sirkhan Danial, SangHitam, MasDewangga dan AdenKing.

“Aura adalah sebuah lagu yang menceritakan tentang keperitan seseorang untuk menerima kenyataan yang dia telah kehilangan ‘aura’ seseorang yang disayangi.

“Walaupun ditunggu atau lama ditatap, Aura yang hilang itu tidak akan kembali lagi.

“Lagu ini boleh didengari di semua platform digital dan muzik videonya pula boleh ditonton di laman YouTube Whiteroom Music,” terangnya yang kini bernaung di bawah label rakaman Whiteroom Music.

Sebelum ini, dia banyak terlibat dalam pertandingan nyanyian di sekolah-sekolah dan institut pengajian pengajian tinggi.

Walaupun sudah memiliki diploma dalam bidang muzik, dia terus berusaha menimba ilmu dan kini turut memiliki Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik Persembahan.

Dalam pada itu, Hazreen yang dikatakan mempunyai rupa mirip Mira Filzah, tidak menafikan sering ditegur tentang persamaan itu.

Bagaimanapun, dia menganggapnya hanya usikan rakan-rakan dan netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya