Pengasas MK Land hargai jasa wartawan, media - MPI

Pengasas MK Land hargai jasa wartawan, media – MPI

RADIUS Business Park Cyberjaya yang dibangunkan Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal di Cyberjaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengasas MK Land, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal amat menghargai peranan wartawan dan media yang disifatkannya banyak membantu beliau berjaya dalam bidang hartanah yang diceburinya.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Dr. Chamil Wariya selepas Pengasas MK Land itu meninggal dunia awal pagi tadi.

Katanya, Allahyarham yang membangunkan Radius Business Park Cyberjaya, lokasi MPI bertapak sehingga hari ini.

“Sewaktu MPI membeli tiga unit ruang pejabat di Cyberjaya, Allahyarham menawarkan diskaun sehingga 30 peratus. 

“Beliau memberitahu diskaun istimewa diberikan terhadap pembelian MPI bagi membolehkan MPI terus mengadakan latihan membangunkan modal insan kewartawanan. 

“Kata beliau, ‘Inilah caranya saya dapat membalas jasa para wartawan dan organisasi media yang selama ini menyokong perniagaan saya dari segi publisiti’.

“Semoga kebaikan Allahyarham semasa hayatnya akan terus menjana kebaikan di dunia abadi,” katanya menerusi akaun media sosial miliknya.

Mustapha meninggal dunia pada usia 73 tahun dan menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.45 pagi tadi.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN