Pendekatan bangunkan kampung nelayan beri inspirasi

Pendekatan Raja Muda Perlis, MAIPs bangunkan kampung nelayan beri inspirasi

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kiri) bersama Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (dua dari kanan) berkenan menyempurnakan perasmian Program Komuniti dan Kesihatan Serta Kayuhan Jelajah Sihat BSMM  di Projek Diraja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis, Perlis, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan perasmian program komuniti dan kesihatan serta kayuhan jelajah sihat Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) yang berlangsung di Projek Diraja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai, di sini hari ini.

Berangkat sama dalam majlis berkenaan adalah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Tunku Temenggong Kedah, Datuk Seri Diraja Tan Sri Tunku Putri Intan Shafinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga merupakan Pengerusi Kebangsaan BSMM.

Program anjuran bersama BSMM dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu turut memberi sumbangan berbentuk infrastruktur serta logistik.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyaksikan demonstrasi ikatan dan balutan kecemasan, bantuan pernafasan (CPR) dan saringan kesihatan ke atas 150 penduduk kampung di sini.

Setiausaha Agung BSMM, Hakim Hamzah menerusi ucapannya berkata, menerusi program ini, sebanyak 390 pek makanan diperuntukkan kepada komuniti dalam golongan B40 yang kurang berkemampuan di Perlis.

“Dalam program kali ini turut diselitkan elemen kesihatan berbentuk penyediaan perkhidmatan klinik bergerak, program kesihatan mental dan sokongan psikososial serta program bantuan kecemasan.

“Program ini ditaja oleh Majlis Pemulihan Negara bagi bantuan Makanan dan International Federation of Red Cross Red Crescent (IFRC),” katanya.

Sewaktu akhir program berkenaan, Tuanku Temenggong Kedah turut bertitah bahawa pendekatan Tuanku Syed Faizuddin dan MAIPs yang menjaga kampung nelayan dan penduduk di sini telah memberi inspirasi kepada semua pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya