Pembeli rumah terbengkalai tagih bantuan Istana Johor

Pembeli rumah terbengkalai tagih bantuan Istana Johor

PASUKAN petugas khas ditubuhkan bagi mencari penyelesaian terhadap 381 projek perumahan dibina pemaju swasta yang dikategorikan sebagai sakit. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pembeli kedia­man Pangsapuri Taman Seri Molek Perdana, Plentong di sini yang terbengkalai berharap keluhan mereka mendapat perhatian bukan sahaja pihak berwajib, malah daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ini kerana, seramai 972 pembeli kediaman berkenaan tidak lagi dapat menahan sabar selepas terpaksa menunggu 13 tahun, namun rumah yang dibeli masih belum dapat diduduki.

Lebih memeritkan, bayaran ansuran bulanan RM270 telah dibayar penduduk sejak tahun 2014.

Salah seorang pembeli, Hasnah Hussin, 53, memberitahu, sejak menanti untuk menduduki rumah berkenaan, keluarga­nya terpaksa menyewa sebuah pangsapuri dengan bayaran se­wa RM1,200 sebulan.

“Bayangkan sepanjang sembilan tahun ini saya terpaksa membayar sewa bulanan, sedangkan sudah membayar ansuran rumah sendiri sejak 2014.

“Jika kediaman ini sudah boleh diduduki, saya boleh berjimat dengan wang berkenaan dan menggunakannya untuk tujuan lain, sehinggakan anak saya sendiri tidak dapat menyambung pengajian kerana keka­ngan kewangan,” katanya selepas me­ngadakan ‘perhimpunan’ secara solo bagi menuntut hak sebagai seorang pembeli.

Justeru, ibu kepada empat orang anak itu berharap keluhannya akan mendapat perhatian daripada kerajaan negeri, Pusat dan Istana Johor.

“Saya mewakili pembeli kediaman ini sudah penat dan tidak tahu hendak mengadukan masalah ini dengan siapa lagi, pihak kerajaan negeri sudah, kerajaan Pusat sudah, wakil rakyat pun sudah,” katanya.

Sementara itu, wakil sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Idaham Jalani, 45, memberitahu, dia hadir bagi memberi sokongan kepada pembeli kediaman berkenaan yang turut terdiri daripada kakitangan kerajaan.

“Difahamkan perumahan ini hanya tinggal kurang 20 peratus untuk disiapkan, namun hingga kini penduduk masih menunggu untuk mendapatkan kunci kediaman mereka.

“Pembeli tidak dimaklumkan apakah masalah yang dihadapi pemaju utama, iaitu Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), tetapi mereka minta tarikh sebenar bila penantian mereka untuk mendapatkan kunci akan berakhir,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Ja­watankuasa Perumahan dan Ke­rajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor memberitahu, SPNB memaklumkan fasa dua projek melibatkan Blok A, B dan C pangsapuri itu sepatutnya diserahkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) pada 31 Disember tahun lalu, namun mengalami kelewatan serahan kunci akibat urusan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Walau bagaimanapun, seramai 432 pembeli dijangka menerima kunci mereka pada bulan depan, manakala bagi fasa tiga, iaitu Blok D dan E, seramai 215 pembeli dijangka menerima kunci kediaman masing-masing pada Disember tahun ini.

“Fasa pertama projek berkenaan, iaitu Blok F sudah memperoleh CCC pada tahun 2020,” katanya ketika dihubungi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya