Pembangkang kemuka usul tergempar, gesa bahas isu aset Petronas di Parlimen

Pembangkang kemuka usul tergempar, gesa bahas isu aset Petronas di Parlimen

KERATAN laporan Utusan Malaysia berhubung isu tuntutan waris kumpulan Sulu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengemukakan usul tergempar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berhubung aset dua anak syarikat Petronas di Luxembourg yang dirampas oleh waris Kesultanan Sulu.

Ahli Parlimen Pulai itu menggesa supaya perkara itu diperincikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana melibatkan kepentingan awam yang memerlukan maklum balas serta penjelasan.

“Perkara ini wajib dijawab Perdana Menteri dan mesti dibahaskan pada sidang Parlimen yang akan datang. Rakyat wajar mendapat penjelasan berkaitan perkara ini memandangkan ia adalah aset negara kita,” katanya dalam kenyataan.

SALAHUDDIN AYUB

Dalam usul itu, Salahuddin meminta Perdana Menteri menjelaskan langkah perundangan yang telah dan sedang diambil oleh Peguam Negara dan Petronas dalam perkara ini.

Katanya, penjelasan perlu disegerakan sekiranya terdapat mana-mana prosiding pelaksanaan lanjutan dan bidang kuasa yang masih wujud ketika ini.

Sidang Parlimen berlangsung selama 12 hari bermula 18 Julai ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN