Pemandu ekskavator terperangkap tanah runtuh

Pemandu ekskavator terperangkap tanah runtuh

EKSKAVATOR yang tertimbus dalam tanah runtuh sehingga menyebabkan pemandunya terperangkap di sebuah tapak pembinaan di Jalan Padang Tembak, Bukit Pinang di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POKOK SENA: Seorang pemandu ekskavator dipercayai terperangkap dalam jentera beratnya akibat kejadian tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan di Jalan Padang Tembak, Bukit Pinang di sini, pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.37 pagi tadi. 

Setakat ini katanya, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa masih dijalankan. 

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat runtuhan batu di kawasan tersebut. Mangsa yang berusia sekitar 40-an merupakan pemandu ekskavator tersebut. 

“Setakat pukul 1 tengah hari ini mangsa masih belum ditemukan dan kerja-kerja mencari serta menyelamat giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Difahamkan ketika kejadian, beberapa pekerja sedang melakukan kerja-kerja menimbun tanah di tapak pembinaan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN