Pekerja kedai runcit cedera, kebakaran dua premis di Felda Tersang - Utusan Malaysia

Pekerja kedai runcit cedera, kebakaran dua premis di Felda Tersang

KEBAKARAN membabitkan dua premis kedai di Felda Tersang di Raub, Pahang. - FOTO IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Seorang pekerja kedai runcit cedera dalam kebakaran membabitkan dua premis kedai di Felda Tersang di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kedua-dua premis kedai runcit terbabit musnah 100 peratus.

Menurutnya, pasukan bomba menerima panggilan kira-kira pukul 2.30 pagi dan seramai 15 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub dan Sungai Koyan serta dua jentera dikejarkan ke lokasi terbabit.

“Jarak lokasi kejadian dengan balai bomba paling hampir dianggarkan sejauh 38.2 kilometer dan pasukan kami berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke premis berhampiran. Kebakaran tersebut berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 3.47 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sementara itu, Ismail berkata, mangsa yang mengalami kecederaan itu berusia 22 tahun dan berasal dari Medan, Indonesia.

“Mangsa dipercayai mengalami kecederaan di bahagian muka dan telah dihantar ke Klinik Tersang sebelum pasukan bomba tiba. Dalam pada itu, unit forensik bomba akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kebakaran dan menilai jumlah kerugian kebakaran tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN