Pas buat PKPI di setiap Parlimen dan DUN yang dimenangi

Pas buat PKPI di setiap Parlimen dan DUN yang dimenangi

TUAN Ibrahim Tuan Man (tiga dari kanan) menyerahkan panji-panji kepada wakil jentera pilihan raya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Pasir Puteh di Sweet Beach Resort, Bachok, Kelantan hari ini / FOTO : ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH :  Pas giat meneliti serta membuat penilaian Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ke atas semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas akan menggunakan KPI itu dalam menyusun strategi melibatkan kemampuan jentera, kekuatan cawangan, keahlian dan sebagainya bagi memastikan kawasan itu kekal menjadi milik mereka.

“Kita tidak mahu bila nak bertanding kita tak ada KPI. Jadi, kita letak KPI tertentu yang boleh dicapai dan boleh diukur berbanding sebelum ini,k ita tengok kekuatan pada bilangan ahli dan sebagainya. 

“Sekarang, jentera kita dah mula turun untuk buat penilaian dan kita mahu ahli-ahli kita bersedia sepenuhnya dengan kekuatan cawangan, kekuatan jentera pilihan raya di setiap peti undi yang kita ada,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Pasir Puteh di Sweet Beach Resort di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu memberitahu, langkah tersebut turut dijadikan sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku pada PRU dalam masa terdekat.

Katanya, selain itu ia turut membabitkan persediaan berdepan Covid-19 yang masih sebelum.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim berkata, Pas akan mengekalkan sebahagian besar daripada Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menghadapi PRU15 akan datang.

Katanya, bagaimanapun pemilihan calon belum dibincangkan dan pihaknya masih lagi menerima cadangan sebelum dinilai dan ditentukan di peringkat negeri dan pusat.

“Ini terlalu awal lagi, kita tidak boleh membuat keputusan lagi kerana calon belum dibincangkan lagi dan hanya bincang dari segi jentera dan persiapan pilihan raya,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya