[PARLIMEN] Usul SOSMA dibentang hari ini

Usul SOSMA dibentang hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dijadual membentangkan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Dewan Rakyat hari ini.

Ia bagi membolehkan akta berkenaan  terus berkuat kuasa bagi tempoh lima tahun mulai 31 Julai 2022.

HAMZAH ZAINUDIN

Sebelum ini, Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, langkah itu membolehkan polis melanjutkan tempoh penahanan individu yang ditangkap dan ditahan mengikut SOSMA sehingga 28 hari.

Menurut Aturan Mesyuarat, usul itu dicadangkan selepas selesai Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 21 dibahaskan.

Terdahulu, usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk tempoh lima tahun lagi, gagal diluluskan.

Ini berikutan selepas undian belah bahagian dijalankan, hanya 84 Ahli Parlimen menyokong, manakala 86 Ahli Parlimen menentang.

Seramai 50 Ahli Parlimen pula tidak hadir. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya