Hamzah dilempar 'menteri bodoh'

[Parlimen] Hamzah dilempar ‘menteri bodoh’, ahli-ahli Parlimen diberi amaran terakhir

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat sekali lagi dikejutkan dengan satu lagi penggunaan perkataan kasar apabila Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin melemparkan ‘menteri bodoh’ terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau melontarkan perkataan itu ketika Hamzah menyampaikan ucapan penggulungan usul lanjutan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketika itu, Hamzah mempersoalkan mengapa ada ahli-ahli Parlimen yang membantah undang-undang itu, namun kerap diganggu oleh blok pembangkang.

“Susah betul nak cakap,” kata Hamzah.

Hanipa: “Memanglah sebab you menteri goblok, menteri bodoh,” katanya.

Kata-katanya itu mengundang kekecohan seketika dalam Dewan, ada ahli Parlimen yang meminta beliau menarik balik kenyataannya, malah Hamzah sendiri terkejut sehingga mencekak pinggangnya.

“Saya tak mahu dia tarik balik sebab ahli Parlimen yang ada mengeluarkan kata-kata seperti ini, sepatutnya kita keluarkan dia mulai daripada hari ini.

“Insya-Allah, rakyat tahu orang seperti ini tidak akan diberikan lagi duduk dalam Dewan yang mulia ini, itu yang saya minta,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan, pihak pembangkang masih keliru dengan penguatkuasaan undang-undang SOSMA.

“Contohnya kes pembunuhan, mengapa boleh diberikan dalam masa 24 jam, inilah kekeliruan yang saya katakan.

“Semasa kita membentangkan SOSMA dulu lagi, masa menteri ketika itu Padang Rengas (Datuk Seri Nazri Aziz) bentang ketika itu, dia telah menjelaskan bahawa kalau pembunuhan itu satu dengan satu, ia mudah dalam 24 jam, dia bunuh, kita tangkap dan bawa terus reman.

“Tapi kalau ada kes macam Tanduo, yang mati berapa ramai, macam mana kita nak buat dalam 24 jam. Fikirlah dulu, siapa yang bodoh di sini, fikirlah dulu,” katanya.”

Bagaimanapun, Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun supaya mengambil tindakan terhadap Hanipa.

“Saya minta fatwa speaker mengenai kenyataan bodoh yang dikeluarkan oleh Sepang tadi, semua orang lain bodoh, dia seorang cerdik,” katanya.

Azhar menegaskan, beliau memberi amaran terakhir kepada semua ahli-ahli Parlimen.

“Saya cuma nak ingatkan, peraturan kena ikut, selain daripada peraturan pun, ada etika kita, moral kita macam yang menteri (Hamzah) cakap, rakyat di sana pun nampak nanti, dia orang akan tahu siapa.

“Lepas ini tolonglah, saya tak nak lagi benda-benda, perkataan-perkatan macam ini, saya bagi amaran terakhir.

“Kalau nak celah dan tidak dibenarkan mencelah oleh sesiapa yang mempunyai lantai percakapan, maka tolonglah jangan celah, buang masa.

“Saya kena kuatkuasakan peraturan, walaupun saya tahu perkara ini perkara yang hangat tapi kita ini janganlah hangat…saya pohon sangat-sangat, ikut peraturan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya