‘Nak masuk khemah besar tapi nak jatuhkan PH, perlu ditolak’

‘Nak masuk khemah besar tapi nak jatuhkan PH, perlu ditolak’

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: PKR tidak menolak pendekatan konsep khemah besar bersama parti pembangkang lain bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Namun, Penasihat PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, jika ada mana-mana parti yang ingin ‘menjatuhkan’ khemah berkenaan, ia harus ditolak. 

“Kalau mereka (parti pembangkang lain) nak khemah besar tapi nak jatuhkan khemah, tak perlulah (bekerjasama),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Nasional bagi sayap Wanita di Pusat Konvensyen (IDCC), di sini, hari ini. 

Walaupun tidak menyebut secara jelas pihak mana yang mahu menjatuhkan khemah besar, kenyataan Wan Azizah itu dipercayai merujuk kepada kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan beberapa pemimpin PKR yang melakukan Langkah Sheraron menyebabkan kerajaan gabungan itu tumbang.

Mengulas kenyataan Rafizi yang menolak agenda khemah besar, Wan Azizah mengakui wujud perbezaan pandangan  antara pemimpim dalam parti itu berhubung pembentukan itu, bagaimanapun ia perlu penelitian menyeluruh sebelum sebarang keputusan muktamad putuskan.

“Soal khemah besar saya lihat ada baik dan buruknya, Rafizi ada pendapatnya begitu dan kita tengok keadaanya nanti bagaimana,” katanya.

Sebelum ini Rafizi  menolak sebarang cadangan supaya PKR dan PH menggunakan pendekatan khemah besar pada PRU15.

Rafizi berkata sudah tiba masanya PKR bekerja bermula dari bawah bagi memenangi hati pengundi daripada terus berunding dengan parti lain untuk kembali ke Putrajaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya