Najib lewat dua hari papan iklan sudah diturunkan

Najib lewat dua hari papan iklan sudah diturunkan

Tangkap layar Facebook Najib Razak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan lewat dua hari kerana papan iklan yang dikatakan mempamerkan kiraan bajet yang salah telah diturunkan oleh kerajaan negeri.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, ia bukan isu ada bajet yang ‘hilang’ tetapi disebabkan salah pengiraan.

“Papan iklan tersebut telah diturunkan dua hari lepas. Tiada bajet yang hilang cuma berlaku kesilapan dalam pengiraan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah E-Metro Logistics Park di Bukit Raja hari ini.

Terdahulu ‘bossku’ membuat hantaran berhubung papan iklan milik Kerajaan Negeri Selangor yang dikesan salah dalam kiraan sebanyak RM258 juta.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata perkara tersebut telah selesai dan tidak perlu digembar-gemburkan.

“Najib terlewat dua hari. Mungkin ada Cytro (Cybertrooper) tidak dibayar gaji,” katanya sinis. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN