Myvi rempuh kedai serbaneka

Myvi rempuh kedai serbaneka

ORANG ramai berkerumun melihat kejadian sebuah kereta Perodua Myvi merempuh kedai serbaneka, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan hari ini. FOTO/PENGGUNA MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya merempuh pintu sebuah kedai serbaneka 24 jam di Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini hari ini.

Kejadian sekitar pukul 9 pagi itu dipercayai berpunca daripada tindakan pemandunya tertekan pedal minyak menyebabkan kereta yang diletakkan di kawasan parkir merempuh pintu kedai serbaneka sehingga pecah dan kaunter bayaran premis tersebut rosak.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, seorang wanita berusia 33 tahun meletakkan kereta jenis Perodua Myvi dipandunya di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam.

Menurutnya, wanita yang juga merupakan seorang peniaga itu dipercayai tertekan pedal minyak sehingga keretanya merempuh pintu utama dan kaunter bayaran premis tersebut.

“Semasa kejadian berlaku, dua orang pekerja kedai serbaneka itu sedang bertugas. Wanita itu dan dua pekerja premis tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan lanjut mendapati, kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kereta Perodua Myvi semasa mengendalikan keretanya sehingga merempuh kedai serbaneka itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya