Muzik adalah pengalaman sendiri - Yuka Kharisma - Utusan Malaysia

Muzik adalah pengalaman sendiri – Yuka Kharisma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya sememangnya cintakan muzik dan muzik ciptaan saya adalah berpaksikan pengalaman sendiri serta tentang rasa saya,” Itu luahan penyanyi, Yuka Kharisma yang bercerita soal karya seni.

Kata anak kelahiran Aceh, Indonesia ini, muzik baginya adalah medium ekspresi buat dirinya sendiri.

“Saya nikmati setiap proses pembikinan (muzik) selain belajar dan bekerjasama dengan pemuzik hebat, tempatan dan luar negara,” katanya.

Mengulas tentang single baharunya, Terpatri Dihati, Yuka memaklumkan lagu tersebut adalah hasil ciptaannya bersama suami yang juga komposer, Ahmad Jeffny Kamar.

“Idea lagu ini datang dari suami saya yang bertanggungjawab menulis lirik dan mencipta komposisinya.

“Saya lama mendambakan sebuah lagu balada klasik. Apabila mendengar demonya, hati saya terus terpaut,” ujarnya.

Terpatri Dihati menceritakan tentang kesetiaan yang melampau dalam hubungan sehingga seseorang itu tidak mampu ‘move on’. Pembikinannya mengambil tempoh selama satu bulan.

“Rakaman vokal lagu ini dibuat di studio RMP, Damansara Perdana.

“Betapa bahagianya saya apabila pencipta lagu ini adalah suami saya sendiri.

“Kami serasi dalam mencipta lagu mahupun beraksi bersama di atas pentas,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN