Muhamad Arafat yakin terpilih anggota MPP PKR

Muhamad Arafat yakin terpilih anggota MPP PKR

MUHAMAD ARAFAT VARISAI MAHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kongres Nasional PKR KE-16

IPOH: Berani bersuara, prestasi cemerlang kepemimpinan di peringkat Cabang dan ne­geri menjadi kelebihan buat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad untuk menduduki senarai Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dalam Kongres parti itu yang bermula hari ini.

Beliau yang bertanding sebagai Ahli MPP PKR Pusat ya­kin mampu menduduki senarai 20 Anggota MPP PKR Pusat sesi 2022-2025 kerana percaya ahli yakin kemampuanya membawa suara akar umbi.

“Perkara yang penting ialah kita tahu apa kemahuan ahli peringkat Cabang yang kita boleh bawa suara mereka, apa kemahuan mereka, penuhi aspirasi mereka, suara ikut rentak kemahuan di bawah, itu yang saya tawarkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ditanya sama ada beliau ada kelebihan terpilih kerana me­rupakan antara 25 calon dari kem bakal Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, Muhamad Arafat berkata, perkara itu tidak timbul.

“Dalam parti kena ada satu line-up, itu strategi, kita semua adakah geng Keadilan (PKR),” katanya.

Muhamad Arafat adalah antara 25 calon yang disenarai dalam kumpulan pro-Rafizi bagi jawatan MPP Pusat PKR.

Sementara itu, Muhammad Arafat juga disebut-sebut sebagai pemimpin yang layak menerajui PKR Perak selepas Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak meletak jawatan pada Februari lalu.

Ekoran peletakan jawatan Farhash, Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye dilantik sebagai pengerusi interim bagi menggantikan Farhash.

Dikenali sebagai seorang yang berani bersuara, sebelum ini Muhammad Arafat menjadi perhatian apabila membawa seekor ayam segar ketika sesi perbahasan Belanjawan 2022 Perak pada Disember lalu.

ADUN PKR itu berbuat demikian bagi menegur Razman Zakaria (Pas-Gunung Semanggol) yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri berikutan isu kenaikan harga barang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN