Maszlee Malik, Hans Isaac kini ahli MPP PKR - Utusan Malaysia

Maszlee Malik, Hans Isaac kini ahli MPP PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik dilantik sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) selepas meraih 1,091 undi, undian tertinggi dalam pemilihan parti kali ini.

Turut mencuri tumpuan artis tanah air, Datuk Hans Isaac yang turut dilantik dalam MPP setelah meraih 720 undi.

Malah, seramai 13 daripada 20 calon pilihan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli terpilih dalam barisan kepimpinan baharu MPP bagi penggal 2022 hingga 2025.

Ini sekali gus menyaksikan penyandang ahli MPP yang bertanding kali ini tewas iaitu Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri dan ADUN Batu Maung, Abdul Halim Hussain.

Turut tewas dalam pemilihan MPP kali ini adalah ahli-ahli Parlimen PKR iaitu Datuk Johari Abdul (Sungai Petani), June Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor), Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya), S. Kesavan (Sungai Siput) serta artis tanah air, Afdlin Shauki Aksan dan Abdul Razak Ismail (Otai Reformis).

Berikut merupakan senarai Ahli MPP PKR 2022-2025:

Maszlee Malik 1,091 undi 

Akmal Nasrullah Mohd Nasir 956 undi (Pilihan Rafizi)

Romli Ishak 878 undi (Pilihan Rafizi)

Fahmi Zainol 817 undi (Pilihan Rafizi)

Mohd Yahya Mat Sahri 804 undi

Nurin Aina @ Nor Azrina Surip 797 undi (Pilihan Rafizi)

Lee Chean Chung 788 undi (Pilihan Rafizi)

Siti Aishah Shaik Ismail 783 undi

Syed Ibrahim Syed Noh 739 undi (Pilihan Rafizi)

Gerald Hans Isaac 720 undi (Pilihan Rafizi)

Simon Ooi Tze Min 703 undi (Pilihan Rafizi)

Wong Chen 697 undi (Pilihan Rafizi)

Raiyan Abdul Rahim 697 undi (Pilihan Rafizi)

Tan Kar Hing 648 undi (Pilihan Rafizi)

Zahir Hassan 642 undi (Pilihan Rafizi)

David Cheong Kian Young 622 undi

Hee Loy Sian 619 undi

Amidi Abdul Manan 617 undi

Elizabeth Wong Keat Ping 598 undi

Muhammad Bakhtiar Wan Chik 594 undi (Pilihan Rafizi)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya