Masjid Al-Abrar musnah terbakar

Masjid Al-Abrar musnah terbakar

KEADAAN Masjid Al-Abrar yang terbakar di Kampung Tanjung, Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Masjid Al-Abrar di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini musnah kira-kira 80 peratus selepas hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran, petang tadi.

Pengerusi masjid berkenaan, Zakaria Embong, 62, berkata, insiden itu disedari ketika dalam perjalanan pulang dari menunaikan solat Jumaat di Masjid Batu Rakit, kira-kira satu kilometer dari lokasi.

Menurutnya, api marak terlalu cepat sehingga memusnahkan keseluruhan tingkat atas yang menempatkan pejabat dan bilik mesyuarat masjid berusia 30 tahun itu.

“Masjid ini baru dinaik taraf empat tahun lalu dan ketika kejadian tiada jemaah di dalamnya walaupun kami baru selesai program penyerahan bantuan kepada fakir miskin pada sebelah pagi.

“Kerugian dianggarkan mencecah lebih RM200,000 melibatkan kemusnahan harta benda seperti sistem audio, karpet, dokumen penting dan banyak lagi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Azmi Omar, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.14 petang sebelum tiba dengan kekuatan seramai 12 anggota dan tiga jentera dari BBP Kuala Nerus dan BBP Kuala Terengganu. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN