Malaysia tuan rumah 8th ASEAN Traditional Textiles Symposium 2022

Malaysia tuan rumah 8th ASEAN Traditional Textiles Symposium 2022

TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada ‘The 8th ASEAN Traditional Textiles Symposium 2022’.

Simposium anjuran Yayasan Tenun Pahang Diraja dengan kerjasama Kraftangan Malaysia dan Institut Kraf Negara (IKN) akan diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya pada 25 hingga 30 September ini dengan penyertaan lebih 200 peserta.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar bertitah, tujuan simposium itu diadakan untuk membincangkan dan berkongsi maklumat dalam isu berkaitan pemeliharaan dan kelestarian tekstil tenunan asli dirantau ASEAN serta rantau lain.

“Di Malaysia, kita mempunyai banyak jenis tekstil atau kraf jadi melalui program simposium ini kita mahu mempertengahkan semua jenis seperti kita punya tenun, songket, batik dan telepuk.

“Dijangka juga sejumlah 17 tajuk kertas kerja akan dibentangkan oleh 13 negara antaranya Brunie dengan tajuknya ‘Preserving The Past to Serve The Future’ dan Indonesia juga akan membentangkan kertas kerja mereka dengan tajuk ‘Aesthetics of Lipps Bugis,” ujarnya pada sidang akhbar di Istana Negara.

Simposium tersebut sudah diadakan buat kali kelapan dan kali terakhirnya ia diadakan adalah di Jogjakarta, Indonesia pada tahun 2019 sebelum ia ditunda kerana penularan covid menjadi pesat sehingga tahun lepas.

Aktiviti lain yang akan diadakan semasa pameran teersebut berlansung adalah demonstrasi pembuatan kraf seperti Tenun Pahang Diraja, Songket, Siambitan Saah, pua kumbu Sarawak, anyaman mengkuang, ukiran kayu dan lain-lain serta jualan pelbagai kraf turut dilakukan.

Sementara itu, ketika ditanya adakah koleksi tenun dan kraf peribadi baginda turut dipamerkan pada program berkenaan, Tunku Azizah memberitahu ia juga akan dipamerkan pada simposium tersebut.

“Saya memang minat kepada seni kraf tradisional ni, tak kira menjahit, melukis, batik, menenun dan sebagainya. Saya rasa ia ada tanggungjawab saya untuk memelihara seni tradisional ni sebagai warisan untuk masa hadapan.

“Saya juga mahu melalui simposium ini untuk tunjuk bagaimana kerajaan kita membantu dalam memperjuangkan kita punyai seni warisan.,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN