MAIPk terima zakat perniagaan RM11.8j

MAIPk terima zakat perniagaan RM11.8j

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima zakat perniagaan daripada Tabung Haji yang disampaikan oleh Mustakim Mohamad di Istana Changkat Persekutuan di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/IHSAN MAIPk
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima penyerahan bayaran zakat perniagaan berjumlah RM11,875,079 daripada 10 syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Changkat Persekutuan di Kuala Lumpur, semalam.

Majlis penyerahan didahului oleh Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang diwakili Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan Tabung Haji, Mustakim Mohamad dengan jumlah bayaran RM7,170,596. 

Ini diikuti FGV Holding Berhad yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Mohd. Nazrul Izam Mansor dengan jumlah zakat perniagaan RM1,204,881.

Bank Rakyat diwakili oleh Ketua Pegawai Kewangan, Nor Haimee Zakaria yang menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM878,540.

Turut menunaikan zakat perniagaan ialah Etiqa Family Takaful Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad berjumlah RM695,330 yang diserahkan oleh Ahli JawatanKuasa Shariah, Profesor Datuk Dr. Mohd. Azmi Omar.

Serahan zakat perniagaan daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) berjumlah RM592,374 diserahkan oleh Ahli Jemaah Pengarah, Datuk Aimi  Jusoh manakala Bank Islam Malaysia Berhad diwakili Pengerusinya, Tan Sri Ismail Bakar dengan jumlah zakat RM435,000.

Boustead Plantations Berhad menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM296,623 yang diserahkan oleh Pengarah Boustead Plantations Berhad, Datuk Seri Khairuddin Abu Bakar.

Turut menunaikan zakat perniagaan ialah Bank Muamalat Malaysia Berhad yang diwakili Ketua Jabatan Shariah, Mohd. Izuwan Mahyudin berjumlah RM276,734.

R & Z Enterprise dan Sinar Beseri masing-masing diwakili oleh Azim Radin Mustapha Amiruddin dan Shahril Azwan Mutadho menyerahkan zakat berjumlah RM200,000 dan RM125,000.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr. Mohd Zahidi Zainuddin; Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd. Annuar Zaini, Anggota MAIPk, Datuk Dr. Ansary Ahmed dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya