Lubuk Mandi: Penduduk kesal sewa tanah

Lubuk Mandi: Penduduk kesal sewa tanah

TAPAK perlombongan emas yang ditinggalkan dalam keadaan berlubang-lubang di Lubuk Mandi, Rusila, Marang, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang penduduk di Lubuk Mandi, Marang, dekat sini kesal menyewakan tanahnya kepada syarikat pelombong emas berlesen untuk melakukan kerja-kerja mencari emas.

Beliau yang mahu dikenali sebagai Mohammed, 53, berkata, ini kerana kawasan tanah yang dipajak itu ditinggalkan dalam keadaan berlubang-lubang oleh syarikat pelombong emas tersebut.

“Saya terpaksa menanggung kerugian besar apabila tanah saya yang dipajak itu tidak boleh digunakan lagi selepas ini kerana ditinggalkan dalam keadaan berlubang-lubang.

“Pada masa sama, hasil yang saya dapat daripada pajakan itu untuk melombong emas pula sedikit dan tidak berbaloi kerana tanah tersebut rosak dan tidak dapat digunakan lagi selepas ini,” katanya.

Bagaimanapun, Mohammed tidak mahu mendedahkan keluasan tanah miliknya yang dipajak kepada syarikat perlombongan emas itu.

Info Lubuk Mandi:

* Terletak di Rusila, Marang.
* Lubuk emas ditemukan Pegawai Jabatan Penyiasatan Kaji Bumi beberapa bulan sebelum ditemukan penduduk setempat.
* Diwartakan sebagai kawasan melombong secara mendulang pada 1 Disember 1988.
* Pendulang datang dari seluruh negara.
* Pada 8 Disember 1988, seorang pendulang tertimbus tetapi diselamatkan.
* Tiga terkorban akibat tanah runtuh pada 26 Februari 1989.
* 13 orang tertimbus dengan enam daripadanya maut pada 28 April 1989.
* Kerajaan negeri mengarahkan lombong ditutup sementara.
* Pada 18 Mei 1989, 1,000 pendulang berhimpun meminta kawasan lombong kembali dibuka.
* Kawasan lombong kembali dibuka pada 2 September 1989.
* Pada 3 Disember 1989, enam nyaris maut ketika menggali terowong.
* Seorang pendulang maut dan empat lagi cedera akibat tanah runtuh pada 26 Mac 1990.
* Pada September 1990, Lubuk Mandi ditutup sehingga kini.

UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN