Letak individu kompeten atasi masalah inflasi

Letak individu kompeten atasi masalah inflasi

ZAID IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dipersoal kerana bukan sahaja dianggotai ahli tidak kompeten malah nama berbaur keagamaan yang dilihat tidak berupaya menyelesai masalah kenaikan harga barangan.

Memetik laporan Free Malaysia Today, bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengingatkan bahawa slogan politik tidak dapat menangani kemelut ekonomi apatah lagi menyelesaikannya sekali gus memerlukan satu pasukan mantap merangkumi mereka yang arif tentang ekonomi untuk membawa negara keluar daripada masalah sekarang.

Beliau mengingatkan isu berkaitan inflasi tidak akan berakhir selagi perang Ukraine-Rusia berlarutan dan rantaian bekalan antarabangsa yang terjejas tidak pulih.

“Inflasi ini masalah ekonomi, dan slogan berbaur keagamaan tidak menyumbang apa-apa (penyelesaian) pun,” kata bekas pemimpin UMNO itu.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan satu Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ditubuhkan bagi membantu rakyat menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup yang dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Selain Annuar, pasukan khas dianggotai oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Dalam pada itu, Zaid menambah, UMNO mempunyai ahli berpengalaman dan layak untuk memimpin pasukan pemulihan ekonomi sedemikian.

“Tak payah susah-susah. UMNO mempunyai beberapa ahli yang betul-betul faham tentang kewangan dan ekonomi dan amat layak memimpin pasukan sebegitu, namun tidak diberi peluang untuk menyumbang,” kata beliau.

Malah Zaid mempersoalkan keperluan pasukan khas itu apabila Perdana Menteri sendiri mempengerusikan Majlis Tindakan Ekonomi dan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di samping Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau menambah hakikatnya adalah semua negara berdepan masalah inflasi yang tidak mungkin boleh dihapuskan.

“Justeru, kita hanya perlu mengurus inflasi (dengan cekap). Inflasi diperlukan untuk membolehkan ekonomi berkembang, tetapi ia perlu berada pada tahap yang wajar dan terkawal, diiringi kenaikan gaji dan pendapatan yang setimpal,” kata beliau.

Atas sebab itu, Zaid menegaskan, langkah menetapkan harga siling ke atas ayam tidak akan menyelesaikan isu bekalan ayam dalam jangka panjang apabila negara lain tidak menetapkan harga siling ke atas ayam seperti mana ke atas ikan.

Beliau berkata, harga siling hanya akan memburukkan masalah kekurangan bekalan ayam kerana pengeluar terpaksa menanggung kos ternakan yang mengatasi harga siling ketika berdepan kos input seperti dedak yang melonjak.

Katanya, rakyat juga perlu menerima hakikat bahawa harga jagung dan soya dunia di luar kawalan kerajaan sama seperti harga minyak sawit meskipun Malaysia pengeluar kedua terbesar dunia apabila masing-masing mengambil lebih 70 peratus kos mengeluarkan ayam.

Zaid berkata, pendirian kerajaan yang tidak tetap seperti memansuhkan harga siling dan kemudian mengekalkannya boleh menghakis keyakinan peniaga serta pengguna.

“Asas ekonomi adalah bekalan dan permintaan. Sorotan dalam pasaran seperti mengenakan harga siling boleh memburukkan keadaan kerana kerajaan tidak akan mampu menanggung subsidi harga ayam selama-lamanya. Dahlah harga tak turun, bekalan pun kurang seperti yang kita dapat lihat sejak beberapa bulan lalu,” katanya. – UTUSAN

 

HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya