Lelaki warga asing ditahan berkaitan kes bunuh

Lelaki warga asing ditahan berkaitan kes bunuh

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes bunuh warga Indonesia dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah rumah di Jalan AU2A/14 Taman Keramat, Hulu Kelang di sini, semalam.

Ini susulan maklumat diterima pihak polis berhubung mayat seorang lelaki berusia 37 tahun yang bekerja sebagai buruh ditemukan terbaring di jalan raya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pemeriksaan mendapati terdapat kesan darah pada mulut dan satu tikaman pada dada mangsa.

“Susulan itu polis yang tiba di lokasi kejadian menahan seorang lelaki warga asing berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai.

“Punca kejadian itu dipercayai akibat pertengkaran antara mangsa dan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, soal siasat akan diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Jelasnya, pihak polis turut merampas satu pisau pemotong sayur di rumah suspek yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kejadian itu.

“Mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk proses bedah siasat.

“Semakan mendapati mangsa dan suspek mempunyai dokumen perjalanan sah. Reman terhadap suspek akan dipohon hari ini,” katanya. 

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN