Lelaki warga asing bawa pisau solat Aidiladha ditahan

Lelaki warga asing bawa pisau solat Aidiladha ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga asing ditahan kerana membawa senjata tajam ketika mengunjungi Masjid Sultan Abu Bakar, di sini untuk menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek yang berusia 57 tahun itu ditahan pada pukul 8.45 pagi.

Katanya, kejadian berkenaan dikesan ketika sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah JBS sedang membuat kawalan keselamatan di masjid berkenaan.

“Hasil pemeriksaan badan yang dijalankan mendapati suspek memiliki sebilah pisau bersarung dengan ukuran 33 sentimeter termasuk ulu pisau yang diselit di bahagian tali pinggang.

“Siasatan awal mendapati senjata berkenaan adalah satu hiasan tradisi sempena musim perayaan di negara suspek, namun perkara tersebut salah di sisi undang-undang negara.

“Sehubungan itu, lelaki warga asing berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya, di sini hari ini.

Jika sabit kesalahan, lelaki berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun berserta sebatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya