Lelaki terjatuh tingkat 17 dipercayai mangsa bunuh

Lelaki terjatuh tingkat 17 dipercayai mangsa bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lelaki yang ditemukan terjatuh dari tingkat 17 sebuah bangunan kondominium di Kelana Jaya, Petaling Jaya dekat sini, semalam dipercayai mangsa pembunuhan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang itu, mangsa dipercayai warga asing berkenaan ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, hasil siasatan awal mendapati, mangsa yang dianggarkan berusia lingkungan 30-an adalah mangsa pembunuhan.

“Setakat ini polis belum dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemukan.

“Bagaimanapun, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menyerbu sebuah unit kediaman di kondominium itu dan menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil tangkapan itu, pihaknya turut merampas telefon bimbit dan pelbagai peralatan seks.

“Kedua-dua suspek berusia 40-an itu kini direman seminggu hingga 19 Julai ini untuk membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu atau ada kehilangan rakan atau ahli keluarga untuk tampil ke IPD Petaling Jaya bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya