Lelaki Nigeria bergaduh di kelab malam didenda RM1,500

Lelaki Nigeria bergaduh di kelab malam didenda RM1,500

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warganegara Nigeria yang bergaduh di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak, Jun lalu didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Agbonmwandolor Bobby Efosa, 40, mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, pada pukul 4.45 pagi, 25 Jun lalu, tertuduh yang merupakan seorang penganggur didakwa bersama individu lain yang masih bebas terlibat dalam satu kejadian rusuhan di Trec Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak di sini.

Semasa kejadian itu, individu lain yang terlibat dalam pergaduhan sama dikatakan memiliki senjata namun tertuduh ketika ditahan tidak memiliki sebarang senjata bersama dirinya. 

Bagi kesalahan itu, Agbonmwandolor didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Peguam belanya, Zalfee Pakwanteh memohon anak guamnya diberikan hukuman denda minimum kerana itu merupakan kesalahan pertama dan tertuduh tidak pernah ada rekod lampau. 

Selain itu, tertuduh juga mempunyai seorang isteri yang merupakan warganegara Malaysia dan enak berusia empat tahun. 

“Anak guam saya berada dalam situasi terbabit kerana cuba meleraikan pergaduhan membabitkan individu lain,” kata peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit memohon supaya Agbonmwandolor diberi hukuman penjara yang setimpal.  – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya