Lelaki maut terkena tembakan senapang patah rakan

Lelaki maut terkena tembakan senapang patah rakan

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut dipercayai tertembak senapang api yang terpelanting dari tangan rakannya akibat tergelincir dalam kejadian di kawasan hutan berhampiran Sungai Gabai di Batu 18, Hulu Langat semalam

Ketua Polis Daerah Kajang , Asisten Komisioner Mohd l. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung seorang lelaki berusia 32 tahun terkena tembakan di lokasi kejadian pada pukul 7.15 pagi

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dikatakan bersama tiga rakannya masuk ke lokasi itu untuk ke kawasan kebun durian di atas lereng bukit yang terletak kira-kira dua kilometer perjalanan.

“Setakat ini, siasatan mendapati ketika dalam perjalanan seorang rakan mangsa yang membawa senapang patah tergelincir di lereng bukit.

“Senapang berkenaan kemudian terpelanting dari tangan lalu berlaku tembakan dan terkena mangsa yang berada di bahagian belakang pada jarak kira-kira tiga meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jelasnya, siasatan dilakukan bersama Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati terdapat beberapa kesan tembakan peluru penabur pada badan mangsa dipercayai daripada senjata api yang dibawa rakannya itu.

“Semakan dilakukan mendapati senjata api terbabit dilesenkan atas nama bapa saudara kepada salah seorang daripada rakan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, susulan itu, pihaknya menahan tiga rakan mangsa berusia antara 36 hingga 43 tahun bagi membantu siasatan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Redzuan Mat Salleh di talian 013-7854100 bagi membantu siasatan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN