Lelaki maut dibunuh kenal suspek melalui aplikasi gay  - Utusan Malaysia

Lelaki maut dibunuh kenal suspek melalui aplikasi gay 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan suspek dan mangsa kes bunuh yang ditemukan terjatuh dari tingkat 17 di sebuah kondominium di Kelana Jaya pada 12 Julai lalu dipercayai berkenalan melalui aplikasi gay dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa dipercayai sudah beberapa kali datang bertemu kedua-dua suspek di lokasi kejadian yang juga rumah suspek.

Kata beliau, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek terbabit mengenali mangsa menerusi satu aplikasi gay. 

“Mangsa dipercayai meninggal dunia sehari sebelum mayatnya ditemukan oleh pengawal keselamatan kondominium berkenaan dalam keadaan bogel,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.

Kata  Mohamad Fakhrudin, pihaknya kini sedang mengenal pasti identiti mangsa.

“Siasatan berkaitan kejadian masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini masih belum ada individu tampil bagi mengenal pasti identiti mangsa yang dipercayai warga asing itu,” jelasnya.

Terdahulu, polis menahan dua lelaki tempatan berumur 40an yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh melibatkan seorang individu di sebuah kondominium di Kelana Jaya di sini pada 12 Julai lalu. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN