Lebih 92,000 berjaya dapat kerja menerusi MYFutureJobs sehingga 30 Jun - Utusan Malaysia

Lebih 92,000 berjaya dapat kerja menerusi MYFutureJobs sehingga 30 Jun

KARNIVAL Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di ILP Kepala Batas mendapat sambutan hangat daripada kalangan pencari kerja bukan sahaja di Pulau Pinang, malah di seluruh negeri zon utara termasuk Perlis, Kedah dan Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Seramai 92,832 pencari kerja di seluruh negara berjaya memperoleh pekerjaan menerusi laman portal carian kerja, MYFutureJobs sehingga 30 Jun lalu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, jumlah itu termasuk 6,752 pencari kerja dari Pulau Pinang.

Katanya, untuk tempoh yang sama juga, sebanyak 484,563 jawatan kosong aktif telah ditawarkan di portal pekerjaan tersebut yang terbuka kepada semua pencari kerja di Malaysia.

“Daripada jumlah itu pula, sebanyak 35,708 kekosongan jawatan berkenaan adalah di Pulau Pinang sahaja,” katanya ketika merasmikan Karnival Kerjaya Jamin Kerja anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Pada karnival yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu, lebih 12,000 peluang pekerjaan ditawarkan oleh 24 majikan yang mengambil bahagian.

Dalam pada itu, Reezal Merican menyarankan semua pencari kerja khususnya golongan muda, belia dan graduan supaya merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan itu dengan sebaiknya.

“Kalau boleh, jadikanlah ILP Kepala Batas ini sebagai lokasi tetap untuk pelbagai program dan aktiviti yang dapat menjana ekonomi serta menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada warga Pulau Pinang ini,” katanya.

Sempena karnival itu juga, Reezal Merican turut mengumumkan penyerahan sumbangan caruman Skim Pekerjaan Sendiri di bawah Perkeso kepada 1,000 individu khususnya anak kelahiran Kepala Batas.

Pada masa sama, Saravanan mengumumkan tambahan sumbangan caruman kepada 1,000 individu lagi yang terpilih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya