Laksanakan undang-undang lebih tegas kawal hina Islam - Hadi - Utusan Malaysia

Laksanakan undang-undang lebih tegas kawal hina Islam – Hadi

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berpendapat satu undang-undang yang lebih tegas perlu dilaksanakan untuk membendung kes menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW di negara ini.

Beliau berkata, pada masa ini masih terdapat kelemahan dalam undang-undang negara yang melibatkan kes berkaitan penghinaan terhadap agama.

Sehubungan itu menurutnya, Islam perlu diperkasa dan isu melibatkan penghinaan terhadap agama serta Rasulullah SAW harus dipantau.

“Kita akan ambil tanggungjawab, kita akan pantau (isu hina agama) dari semasa ke semasa dan bila tiba masanya kita akan bertindak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kes-kes menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW yang banyak dilaporkan sejak kebelakangan ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, tindakan tegas tersebut perlu diambil kerana Islam merupakan agama rasmi negara yang terkandung dalam Perlembagaan.

Semalam, seorang lelaki dari Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Selangor yang menghina Islam dikenakan hukuman penjara enam bulan selepas gagal membayar denda RM50,000.

Pada 19 dan 20 Julai lalu pula, dua lelaki dari Kuala Krai, Kelantan dan Kuala Terengganu, masing-masing direman empat hari selepas disyaki menghina agama Islam melalui sebuah audio yang tular di media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN