KOTA BHARU: Perbuatan melabel sesama sendiri dan membahagi-bahagikan ahli kepada jenis tertentu membuatkan UMNO menjadi lebih lemah. Bekas Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa menerusi satu hantaran di laman sosial Facebooknya berkata, parti yang mahu mendapat kepercayaan perlu mempunyai keupayaan menyatupadukan dan bukan memecahbelahkan rakyat. “Yang lebih berbahaya adalah cubaan menguasai parti demi kepentingan dan agenda peribadi atau kelompok dengan membiarkan parti kehilangan sokongan rakyat,” katanya. Kebimbangan Ahli Parlimen Ketereh…










