KKM sedia tambah katil hospital jika influenza meningkat - Utusan Malaysia

KKM sedia tambah katil hospital jika influenza meningkat

KHAIRY Jamaluddin dalam sidang akhbar pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat peringkat negeri Perak di Meru Raya, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kementerian Kesihatan (KKM)  bersiap sedia untuk menambah bilangan katil sekiranya berlaku peningkatan jumlah kemasukan pesakit ke hospital.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pertambahan jumlah katil pernah berlaku sebelum ini di mana membabitkan penggunaan katil bagi pesakit Covid-19.

“Pernah buat dahulu (tambah katil) untuk (pesakit) Covid-19, sekiranya perlu kita akan buat juga untuk kes-kes Penyakit Seperti Influenza (ILI).

“Tetapi satu peringatan saya, untuk Covid-19 dan influenza, pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup dan sesak mungkin diteruskan kerana ia banyak membantu mencegah (penyakit) bukan hanya Covid-19 dan influenza,” katanya dalam sidang akhbar di Meru Raya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Perak dan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan di Bulatan Sultan Azlan Shah yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Dalam perkembangan lain. Khairy berkata, bekalan ubat batuk, demam dan selesema kini berkurangan dalam pasaran.

“Ubat-ubatan ini  paling tinggi permintaan tetapi sekarang ia sukar didapati terutama semasa gelombang Covid-19, semua orang beli bukannya untuk kegunaan harian tetapi simpan borong di rumah.

“Jadi kita minta orang ramai jika ke farmasi, belilah ubat berdasarkan keperluan sahaja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya