KKM edar stok penimbal paracetamol ke klinik swasta

KKM edar stok penimbal paracetamol ke klinik swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Paracetamol (PCM) berlogo Kementerian Kesihatan sudah mula diedarkan ke klinik swasta bagi menampung kekurangan bekalan ubat ketika ini. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya sudah memulakan pengedaran beberapa jenis ubat-ubatan dari simpanan Kerajaan Persekutuan (stok penimbal) kepada klinik swasta bagi mengatasi kekurangan bekalan. 

“Kita akan mulakan dengan paracetamol. Ia adalah ubat simpanan Kerajaan Persekutuan (stok penimbal). 

“Sekiranya anda diminta membeli PCM di klinik swasta dan didapati mempunyai logo KKM. Ia adalah daripada simpanan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik melalui Twitter miliknya, hari ini.

KHAIRY JAMALUDDIN

Minggu lalu, Khairy berkata, pihaknya akan membekalkan sektor perubatan swasta negara dengan ubat-ubatan daripada simpanan persekutuan untuk menangani kekurangan yang berterusan.

Sejak Jun lalu, bekalan ubat-ubatan mengalami penurunan namun permintaan pula meningkat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN