lima kematian

Kes baharu Covid-19 kekal atas 2,000 kes, lima kematian semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 2,536 kes Covid-19 baharu direkodkan setakat tengah malam tadi, dengan lima kematian dicatatkan semalam. 

Menurut laman Covid Now, 29,793 kes aktif direkodkan ketika ini dengan tersebut, 28,508 individu atau 95.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala 19 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Selain itu, 1,221 atau 4.1 peratus lagi dirawat di hospital, 45 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 26 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sebanyak 3,123 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini berjumlah 4,508,322 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN