PETALING JAYA: Kerajaan akan mengurangkan kuota subsidi minyak masak jika segelintir pengkhianat dalam kalangan pemain-pemain gergasi industri tersebut berterusan melakukan penyelewengan dan penyeludupan sehingga berlaku kekurangan bekalan di pasaran. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu Utusan Malaysia, sikap tamak penyeludup minyak masak bersubsidi yang menjualnya kepada pihak asing adalah pengkhianatan kepada negara dan menyusahkan rakyat. Beliau berkata, sepatutnya jumlah minyak masak di…










