Kenderaan bertembung punca lima beranak maut di jalan raya Timur Barat

Kenderaan bertembung punca lima beranak maut di jalan raya Timur Barat

poster kemalangan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Punca kemalangan jalan raya di Kilometer 62 berhampiran Hentian Titiwangsa di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik yang mengorbankan lima sekeluarga semalam disebabkan bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux dari arah Gerik menghala ke Jeli hilang kawalan sebelum bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza  dinaiki mangsa terlibat dari arah Jeli ke Gerik.

Menurutnya, akibat daripada kemalangan tersebut pemandu serta empat lagi penumpang Perodua Alza  meninggal dunia di tempat kejadian.  

“Mangsa berasal dari Sungai Petani dan Lunas, Kedah, manakala pemandu serta tiga penumpang Toyota Hilux yang berasal dari Tumpat, Kelantan mengalami cedera serta dirawat di Hospital Jeli,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mior Faridalathrash mengesahkan kesemua identiti ke lima-lima mangsa yang maut merupakan pasangan suami isteri, anak perempuan mereka, menantu serta cucu perempuan.

Mangsa Mohd. Rodhi Othman, 64; isterinya, Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59, anak perempuannya, Siti Aishah, 32, menantunya Ahmad Khomaini Baba, 32; serta cucunya Zara Hana, 6.

Kemalangan berlalu berhampiran Hentian Titiwangsa JRTB Gerik-Jeli, kira-kira puku 3 petang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya