Kelantan bangunkan industri penternakan ayam pedaging, lembu - Utusan Malaysia

Kelantan bangunkan industri penternakan ayam pedaging, lembu

AHMAD Yakub (tengah) ketika merasmikan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Pantai Irama, Bachok, Kelantan hari ini. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Kerajaan Kelantan memberi peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta bagi membangunkan industri penternakan ayam pedaging dan lembu dalam usaha menjadikan negeri ini sebagai jelapang makanan negara di masa hadapan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri turut memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta kepada nelayan pantai dan pengusaha projek penternakan akuakultur dalam merealisasikan hasrat itu.

Menurutnya, kesemua peruntukan itu disalurkan melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan.

“Usaha yang dilakukan oleh Kelantan ini bertepatan dengan permintaan dan keperluan semasa domestik.

“Seramai 1,100 nelayan sungai  yang terlibat dengan aktiviti akuakultur di Danau Tok Uban, Pasir Mas, Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan Laguna Semerak (Pasir Puteh) dan Pantai Sri Tujuh juga akan dibantu,” katanya selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Kelantan di Pantai Irama di sini hari ini.

Ahmad memberitahu, sektor perikanan di negeri ini turut melibatkan 5,500 nelayan pesisir pantai dan laut dalam yang menyumbang lebih 58,000 metrik tan dengan nilai hasil berjumlah RM525 juta pada tahun lalu.

Katanya, situasi itu menunjukkan Kelantan berpotensi besar dalam industri perikanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN