Kekurangan buruh asing kritikal di ladang Felda

Kekurangan buruh asing kritikal di ladang Felda

PENEROKA menanggung kerugian sehingga 40 peratus sebulan ekoran kekurangan penuai sawit. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan digesa menyelesaikan segera isu kekurangan tenaga buruh asing yang kini dianggap kritikal di ladang-ladang sawit bagi mengelakkan peneroka terus menanggung kerugian atas berat hasil buah.

Bekas Timbalan Ketua Peneroka Kebangsaan, Karip Mohd. Salleh berkata, kekurangan penuai sawit menyebabkan peneroka kini perlu menanggung kerugian itu yang mencecah sehingga 40 peratus sebulan.

Peneroka Felda Serting Ilir 5 di Jempol itu berkata, isu kekurangan buruh asing itu menyebabkan peneroka terus berdepan kegagalan untuk menuai dua pusingan sebulan yang akhirnya menyebabkan buah sawit rosak.

“Untuk melaksanakan kerja dua pusingan itu, memang tidak tercapai, paling tinggi satu pusingan sahaja. Buah sawit ini, paling kurang dua pusingan sebulan, kalau kita ada buruh, boleh sampai tiga pusingan sebulan.

“Sekarang ini, satu pusingan pun buah sudah banyak masak dan ada yang tidak dapat dituai dan akhirnya busuk. Jika dahulu dengan bilangan buruh yang mencukupi, peneroka mampu memperoleh sehingga 13 tan metrik buah tandan segar (BTS) sebulan namun kini sekitar lapan tan metrik.

“Saya harap kerajaan dan Felda buat sesuatu tindakan segera, isu kekurangan buruh asing di ladang-ladang Felda ini sudah kritikal. Perjanjian pengambilan pekerja asing dari Bangladesh juga kami tidak tahu perkembangannya ketika ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Sementara itu, Karip berkata, golongan peneroka lega harga BTS ketika ini masih lagi berada dalam paras harga yang boleh diterima iaitu RM850 bagi setiap satu tan metrik.

“Keadaan lebih buruk buat peneroka sekiranya harga BTS menjunam. Harga sekarang masih lagi boleh diterima, jangan ia bawah RM500 iaitu di bawah kos, sebab kini harga baja dan racun juga sudah naik dua kali ganda,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya