Kanak-kanak perempuan antara 5 maut nahas di jalan raya Timur Barat 

Kanak-kanak perempuan antara 5 maut nahas di jalan raya Timur Barat 

KEMALANGAN yang mengorbankan lima sekeluarga melibatkan Perodua Alza dan Toyota Hilux berdekatan Hentian Titiwangsa Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik - Jeli dekat Gerik, Perak, kelmarin. - IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun antara lima orang yang maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan berhampiran Hentian Titiwangsa di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, dekat sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, kanak-kanak itu, Zara Hana Ahmad Khomaini, 5,  maut setelah kereta kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dinaikinya terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux.

Katanya, turut maut ialah empat lagi individu dalam kereta Perodua Alza iaitu dua lelaki, Mohd. Rodhi Othman, 58, dan  Ahmad Khomaini Abu, 30-an,  serta dua wanita iaitu Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59, dan Siti Aishah Mohd. Rodhi, 32.

“Bomba menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 3.45 petang melibatkan sebuah kereta Perodua Alza dan Toyota Hilux. Kejadian melibatkan tujuh orang mangsa, lima maut manakala dua lagi cedera ringan.

.“Anggota bomba yang tiba di tempat kejadian melakukan kerja menyelamat mangsa dengan menggunakan peralatan khas. 

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jeli manakala mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada pukul 7 petang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood ketika dihubungi mengesahkan kemalangan tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya