Kami tiada apa-apa hubungan – Sophia Albarakbah - Utusan Malaysia

Kami tiada apa-apa hubungan – Sophia Albarakbah

SOPHIA ALBARAKBAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon meningkat naik, Sophia Albarakbah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkannya dengan pelakon, Shah Jazle.

Jelas pelakon berusia 29 tahun itu, dia dan Shah ha­nya berkawan rapat dan tiada hubungan istimewa dengan pelakon berkenaan.

“Shah peramah, itu pera­ngai dia. Kami berdua ‘sekepala’.

“Kalau di set memang mesra, tapi tak adalah berlebihan. Saya juga berkawan dengan isterinya, Nur Hanis Husna. Kalau berjumpa, kami keluar berlima, termasuk anak-anaknya.

“Kami tiada apa-apa hubu­ngan. Jadi tak ada apa nak disembunyikan,” kata­nya.

Sophia berkata demikian pada maj­lis taya­ngan perdana filem Jerangkung Dalam Almari yang diadakan di GSC Tropicana Gardens Mall, di sini baru-baru ini.

Sebelum ini nama Sophia disebut-sebut mengenai kemesraannya bersama pelakon itu di set penggambaran drama Cinta Hilang Kata.

Sophia sebelum ini pernah menyuarakan kekhuatiran berlakon dengan suami orang kerana takut menjadi mangsa fitnah dan salah faham.

Dalam pada itu, Sophia turut memaklumkan dia tidak mengambil serius gurauan pelakon-pelakon lelaki yang seolah-olah mencuba untuk mendekati dirinya.

Katanya, perkara itu sekadar gurauan dan tidak perlu diperbesar-besarkan.

“Saya anggap mereka hanya bergurau dan sekadar mahu berkawan. Bukan serius.

“Kalau ada yang cuba (mendekati), saya tak layan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya