JSJN rampas dadah bernilai RM262.3 juta dalam enam bulan

JSJN rampas dadah bernilai RM262.3 juta dalam enam bulan

PELBAGAI jenis dadah dianggarkan bernilai RM262.3 juta dirampas polis sepanjang tempoh enam bulan tahun ini sejak Januari hingga Jun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM262.3 juta dirampas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh enam bulan tahun ini sejak Januari hingga Jun lalu.

Nilai rampasan itu melibatkan sebanyak 10,464 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah, 2,394 liter pelbagai cecair dadah, 69,132 kg daun ketum dan 44,809 liter air ketum.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin, jumlah rampasan itu menunjukkan penurunan berbanding nilai yang dirampas untuk tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak RM683.3 juta.

Katanya, jumlah rampasan juga menurun apabila sebanyak 15,397 kg pelbagai jenis dadah, 5,342 liter pelbagai cecair dadah, 148,407 kg daun ketum serta 54,267 liter air ketum dengan nilai rampasan RM683.3 juta pada tahun 2021.

“Dalam tempoh sama, sebanyak 69,648 kes dengan 81,706 individu ditahan atas pelbagai seksyen kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 55,560 kes dan 66,889 tangkapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Noorsiah, pihaknya turut membongkar enam makmal haram memproses membabitkan 18 tangkapan manakala pada tahun lalu melibatkan 10 makmal haram dengan 51 tangkapan.

Jelasnya, sebanyak RM79.2 juta aset disita sepanjang enam bulan ini dengan RM9.06 juta daripadanya telah dilucut hak.

“Bagi tempoh sama tahun lalu, kita menyita pelbagai aset dianggarkan bernilai RM87.6 juta disita selain RM8.6 juta yang dilucut hak.

“Seramai 997 individu ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dalam tempoh enam bulan ini, berbanding 557 individu bagi tempoh sama tahun lalu,” ujarnya.

Tambahnya, PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) terus berusaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dan pengedarannya. Kita berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran yang berlaku melalui talian hotline JSJN di talian 012-2087222. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya