JPJ Pahang pantau 34 lokasi titik hitam berlaku kemalangan

JPJ Pahang pantau 34 lokasi titik hitam berlaku kemalangan

KAMARUL Iskandar Nordin (kanan) memeriksa bas ekspres sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Op Hari Raya Aidiladha di Terminal Sentral Kuantan di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebanyak 34 lokasi titik hitam di negeri ini dikenal pasti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang sebagai lokasi kerap berlaku kemalangan bagi Op Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Pengarahnya, Kamarul Iskandar Nordin berkata, pemantauan di semua lokasi terbabit dipertingkat sepanjang operasi itu bermula hari ini hingga 13 Julai ini.

Katanya, seramai 252 pegawai dan anggota penguat kuasa JPJ Pahang dari semua bahagian, cawangan dan stesen penguat kuasa ditugaskan di semua lokasi terlibat.

“Antara lokasi yang dikenal pasti ialah Kuantan dan Pekan membabitkan lima lokasi, diikuti Bentong (empat), Maran, Temerloh, Jerantut, Raub dan Rompin masing-masing tiga, Bera dan Kuala Lipis dua serta dan Cameron Highlands hanya satu lokasi. Kebanyakan kemalangan yang berlaku adalah melibatkan laluan berselekoh dengan garisan berkembar.

Operasi pemantauan dilakukan  bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap  kenderaan khususnya membabitkan perkhidmatan awam dan pemandu atau pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas pemeriksaan bas ekspres di Terminal Sentral Kuantan (TSK) sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kamarul berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan di tiga terminal bas utama di negeri ini iaitu TSK, Terminal Bas Temerloh dan Genting Highlands.

Katanya, operasi tersebut bagi memastikan pemandu dan pemilik mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya