Johor sasar bina tiga pusat pembiakan ikan air tawar 

Johor sasar bina tiga pusat pembiakan ikan air tawar 

ZAHARI Sarip (dua dari kanan) mencuba gulai lemak ikan air tawar selepas program Kembara Akuakultur ‘Jom Makan Ikan Air Tawar’ di Restoran Anjung Selera Ikan Sungai, Taman Pelangi, Segamat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Kerajaan negeri merancang untuk membangunkan sekurang-kurangnya tiga pusat pembenihan dan pembiakan anak ikan air tawar menjelang 2027.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, perancangan berkenaan membabitkan zon utara, selatan dan tengah negeri ini bagi mencapaai 62 peratus produktiviti hasil akuakultur.

“Usaha ini sekali gus akan dapat membantu meningkatkan permintaan terhadap ikan air tawar dan memberi peluang kepada pengusaha baharu yang berminat dalam penternakan dan penghasilan produk berasaskan ikan air tawar di Johor.

“Peningkatan ini dijangka akan mencapai sehingga 38,783 tan metrik pada 2027 berbanding kini hanya 23,952 tan metrik,” katanya melepaskan program Kembara Akuakultur ‘Jom Makan Ikan Air Tawar’ di Restoran Anjung Selera Ikan Sungai, Taman Pelangi, di sini baru-baru ini.

Zahari berkata, pembangunan tersebut termasuk Projek Pembagunan Akuakultur Air Tawar bagi ikan baung dan kelah dengan mengaplikasikan teknologi baharu yang efektif, amalan teknologi diperbaharui seiring Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Selain itu, Jabatan Perikanan akan melepaskan lebih banyak lagi benih ikan air tawar di sekitar kawasan yang bersesuaian bagi menambah jumlah ikan, selain dapat membantu golongan nelayan darat.

Sejak awal tahun ini, sebanyak 427,000 benih ikan telah dilepaskan di kawasan perairan Johor.

“Pada program in sahaja di Taman Eko Rimba Sungai Bantang Bekok, Segamat sebanyak 13,500 benih ikan air tawar pelbagai jenis termasuk 1,500 benih ikan kelah telah dilepaskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN