Jersi Man. U tandatangan Najib dilelong RM50,000

Jersi Man. U bertulis ‘Bossku’ tandatangan Najib dilelong RM50,000

NAJIB TUn Razak (kiri) menyerahkan jersi Manchester United 'Bossku' kepada Vermillion Ng (tengah) yang memenangi bidaan pada Majlis Makan Malam Amal Bersama Bossku di Ipoh semalam. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sehelai jersi pasukan Manchester United yang ditandatangani oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya dilelong dengan harga RM50,000 pada Majlis Makan Malam Amal Bersama Bossku di sini semalam.

Bidaan untuk lelongan jersi tersebut dimenangi Datuk Seri Vermillion Ng yang membuat tawaran maksimum RM50,000 bagi jersi itu.

Selain jersi, dua lagi barangan iaitu sebiji bola sepak dengan tandatangan Najib dilelong juga pada nilai maksimum iaitu RM50,000 manakala enam biji bola golf yang dibingkaikan dilelong pada harga RM60,000.

Hasil keseluruhan jualan pada majlis  yang dianjurkan Majlis anjuran Institut Strategi Antarabangsa (ISI) itu akan disumbangkan kepada badan-badan amal terpilih bagi membantu golongan kurang bernasib baik.

Turut hadir pada majlis tersebut Pengerusi ISI, Cheah Chyuan Yong.

Pada majlis itu juga, sebanyak 16 pertubuhan amal menerima sumbangan RM10,000 untuk organisasi masing-masing.

Sementara itu, Najib berkata, majlis amal yang dianjurkan itu amat baik sebagai usaha membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebajikan.

Menurutnya, adalah penting bagi semua pihak untuk menyokong peranan NGO yang boleh membantu kerajaan untuk menangani masalah-masalah sosial dengan mengikhtiar sumbangan daripada syarikat mahupun orang perseorangan.

“NGO boleh menyumbang tenaga bakti dan mereka juga boleh ada rangkaian bersama dengan pihak-pihak lain untuk membantu mengurangkan tekanan masalah sosial,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya