Jenazah 5 sekeluarga maut kemalangan selamat dikebumikan

Jenazah 5 sekeluarga maut kemalangan selamat dikebumikan

JENAZAH lima sekeluarga yang maut dalam nahas berhampiran Hentian Titiwangsa di JRTB Gerik-Jeli petang semalam selamat dikebumikan di Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Pulau Pinang pukul 2.50 petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam nahas berhampiran Hentian Titiwangsa di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli petang semalam selamat dikebumikan di Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, di sini pukul 2.50 petang tadi.

Terdahulu, jenazah Mohd. Rodhi Othman, 58; dan isteri, Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59, serta anak mereka, Siti Aishah, 32, dan suaminya, Ahmad Khomaini Abu, 30, dan Zara Hana Ahmad Khomaini, 5, tiba di pekarangan masjid kira-kira pukul 12.56 tengah hari.

Kesemua jenazah yang dibawa menaiki empat van jenazah berlepas dari Hospital Gerik pukul 11.20 pagi.

Waris terdekat turut diberi peluang menatap wajah kelima-lima jenazah sebelum disolatkan selepas jemaah selesai solat Zuhur.

Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan yang dipenuhi kira-kira 500 ahli keluarga dan penduduk setempat yang hadir.

Dalam kejadian pukul 3.45 petang semalam, kesemua mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza maut selepas bertembung dengan pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux.

Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada pemandu 4WD yang memandu dari arah Gerik ke Jeli, Kelantan yang hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan dinaiki lima sekeluarga berkenaan.

Difahamkan, lima sekeluarga itu dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, Kedah selepas selesai menghantar ahli keluarga mereka di sebuah pusat pengajian pondok agama di Kota Bharu, Kelantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya