Jemaah haji terkandas: Reman lima individu dilanjut tiga hari

Jemaah haji terkandas: Reman lima individu dilanjut tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perintah reman lima individu yang ditahan berhubung insiden 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dilanjutkan tiga hari lagi.

Lanjutan reman itu sehingga 16 Julai ini untuk siasatan lanjut Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Mereka yang berusia 30 hingga 60 tahun itu sebelum ini direman empat hari oleh Polis Kontinjen Selangor yang berakhir semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi di sini hari ini.

Media minggu lalu melaporkan lima individu terbabit ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita, ditahan di beberapa lokasi berasingan di ibu negara pada 8 Julai lalu.

Antara yang ditahan adalah pemilik agensi pelancongan dan isterinya, seorang ejen pelancongan dan dua pekerja agensi itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN