Jangan pandang rendah ketokohan Rafizi

Jangan pandang rendah ketokohan Rafizi

DR. MUHAMMAD FAIZ NA'AMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Para pemimpin Perikatan Nasional (PN) terutama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan supaya tidak memandang rendah akan ketokohan dan aura dimiliki Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Kemunculan semula bekas ahli Parlimen Pandan itu ke arena politik negara tidak dinafikan bakal menjadi persaingan sengit sekali gus menggugat kemenangan PN dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ini terutama apabila keputusan pemilihan Kongres PKR yang berakhir kelmarin menyaksikan barisan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) baharu majoritinya dikuasai pemimpin-pemimpin daripada ‘kem’ Rafizi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr. Muhammad Faiz Na’aman berkata, kehadiran Rafizi boleh mempengaruhi pengundi-pengundi muda selain sifatnya yang berani menempuh apa sahaja termasuk Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya secara peribadi menghormati Rafizi kerana pernah sepentas ceramah dengan beliau dalam pilihan raya umum lalu. Rafizi bukan sahaja berani menyuarakan isu-isu kontroversi, malah berani memetik maklumat dalaman dan menghadapi apa jua cabaran termasuk penjara.

“Perjuangan Rafizi tidak semestinya dianggap satu permusuhan atau persaingan. Mungkin boleh mencari titik persamaan antara apa yang cuba diperjuangkan beliau dan apa pula kita (PN) perjuangkan.

“Rafizi boleh dikatakan membawa nafas baharu kepada PKR atau Pakatan Harapan (PH). Tetapi sejauh mana ia direalisasi, terserah kepada rakyat untuk menilainya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ketika menyampaikan ucapan kali pertama sebagai timbalan presiden semasa kongres baru-baru ini, Rafizi mengakui beliau seorang yang lantang bersuara dan sering mempunyai perbezaan pendapat dengan ahli-ahli parti lain namun, beliau enggan disamakan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN