Jalan sempadan Kelantan-Terengganu akan dinaik taraf

[Sidang DUN] Jalan sempadan Kelantan-Terengganu akan dinaik taraf

AZAMI MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bercadang menaik taraf jalan di sempadan Kelantan-Terengganu bermula dari Selising sehingga ke Bukit Yong, Pasir Puteh di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri Datuk Azami Mohd. Nor berkata, cadangan tersebut sudah pun dimasukkan ke dalam perancangan yang akan dijalankan secara berperingkat.

Menurutnya, jalan terlibat merupakan laluan Persekutuan FT003 dan laluan utama untuk ke Terengganu dan selatan tanah air.

“Pada waktu puncak, jalan ini berada pada tahap perkhidmatan F dan perlu dinaikkan taraf. Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan sudah merancang untuk menaik taraf kemudahan itu daripada dua lorong sehala kepada empat lorong di setiap dua hala.

“Sehingga kini jalan berkenaan telah dinaikkan taraf bermula dari Pasir Tumbuh ke pekan Melor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gaal, Mohd Rodzi Ja’afar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

ADUN Kadok itu turut memaklumkan bahawa kerja naik taraf jalan berkenaan dari pekan Melor ke Pak Badol masih dalam peringkat pembinaan.

Katanya, bagi fasa berikutnya JKR  negeri akan mengangkat permohonan kepada Kementerian Kerja Raya melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN