KUALA LUMPUR: Rakyat yang bakal berdepan dengan kenaikan harga ubat di pasaran sehingga hujung tahun ini menuntut kerajaan menjadikan bahan itu sebagai barang kawalan. Antara jenis ubat terkesan adalah seperti paracetamol yang sering digunakan orang ramai bagi rawatan demam dan sakit yang ringan, vitamin C, ubat batuk dan selsema untuk kegunaan kanak-kanak. Merujuk laman portal Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, harga runcit paracetamol di pasaran adalah berbeza iaitu di antara…











